Friday, 6 November 2015

Me and myself

Tak pernah nak introduce diri sendiri kan?

Okla, permulaannya, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Nama saya aini afifah, boleh panggil aini, kak aini, mama khadijah, atau mama ihab ( since anak kami dan bakal anak2 kami yang insyaallah ramai lagi dimulakan dengan ihabullah atau hibatullah)

Anak sulung kepada Hj Huzaimy dan Hjh Asiah. Kakak kepada samiah, nadhirah, asma' dan baihaqi. Kakak long kepada semua sepupu2. Cucu sulung kepada atuk2 dan nenda2.

Isteri kepada syeikh Ahmad Zamzami. Sebenarnya suami saya takde pun nama syeikh tu macam astronaut malaysia Dato' Syeikh Mudzaffar. Tapi, syeikh ni bagi orang arab, adalah orang yang berilmu, jadi ia macam satu doa la bagi saya supaya suami lebih bersemangat menuntut dan mengajarkan ilmu agama. Insyaallah.

Saya masih lagi seorang ibu kepada Hibatullah Khadijah. Semoga diberi peluang menjadi ibu kepada ramai lagi Ihab2 dan Hibah2. AMIN.

Menantu kepada mertua dan ipar kepada ipar2 duai.. juga mempunyai beberapa orang anak saudara yang comel and cute miut.
(Imad, imdad, aufa, ulfa, aqif, din, dini, danial, izarul, afifah, izzu, auji dan bakal adiknya, aisyah, irsyad, auni)

Doakan semoga rumah tangga kami diberkati dan berkembang untuk Islam.
Haha, teringin sangat nak keluarga besar.

Saya seorang pelajar perubatan, insyaallah di tahun akhir, jadi most of my blog adalah catatan selamat tinggal " wadaan misra ummu dunya" haaa cenggitu..

Saya suka belajar pasal alam, psikologi, food, human being, forensic, semua la. Generally, saya suka baca dan belajar semua benda.

Saya juga seorang peminat perubatan alternatif dan natural child birth. Setakat ni sudah mempunyai sijil kualifikasi sebagai tenaga pengajar Amani Birth. Insyaallah lepas tamat belajar medic ni, selain dari sambung ke master, nak juga tambah degree alternative medicine, homeopathy ke, kan? Doakan saya.

Itu je la dulu. Insyaallah semoga ada lagi lain kali masa bercerita.

Ila lliqa'. Ma'a ssalamah

No comments:

Post a Comment