First trial...kata orang ala secret recipe..oleh kerana kita tak pernah merasa secret recipe ape bende...jadi kita agak 2 je la buatnya.
Resepi kek coklat..macam biasa kek coklat basah..
Beli tepung kek coklat yang dah siap (400g)
Telur 5 biji
Air 80mlm
Sekotak air susu perisa coklat.
Resepi coklat frosting
500 ml air susu periksa coklat (kena sejukkan)
4 paket serbuk whipping cream
(Semalam terlupa nak beli air coklat, itu yang frosting nya warna putih)
Resepi ganache coklat.
Coklat bar..ikut pilihan..
Susu@ heavy cream
(Tip untuk ganache, susu mestila agak2 sekadar menenggelamkan coklat je...tapi bukan tenggelam sampai lemas la)
Pisang secukupnya
Cara-cara
1. Mula-mula, bancuh kek, dan bakar dalam microwave. Adunan ni boleh buat 4 biji kek saiz sederhana. (Kena ukur balik saiz tupperware yang saya guna semalam)
2. Apabila kek dah masak, biar sejuk, lepastu belah dua. Dan masukkan ke dalam peti.
3. Sekarang buat frosting. Susu sejuk + serbuk whipping cream, pukul pakai garfu sampai bertanduk.
4. Assembling the cake, mula2 letak satu lapis kek, sapu frosting, kemudian susun pisang, then letak lagi frosting, baru letak lapisan kek lagi, dan tutup keseluruhan kek dengan frosting lagi2.( 1 biji kek perlu 2paket serbuk whipping cream)
5. Simpan kek dalam peti sejuk sementara nak buat ganache. Oleh kerana semalam, nak try buat ganache versi mesir tapi dah terlupa, buat je versi campur apa yang ada, masak susu dan minyak sikit (konsep heavy cream adalah dehydrogenated milk)...betul ke tak sebutannya tu tak tahulah, tapi maksudnya minyak tu kita masak dulu, so minyak tu la yang akan membekukan coklat. Bila dah agak menggelegak tu baru masukkan coklat. Kacau2 sampai berkilat.
6. Ganache ni kena tunggu sejuk baru boleh curah atas frosting, kalau tak dengan frosting2nya meleleh kat tepi. Menyesal tak berguna ya adik2
Dah boleh makan, nyum nyum.
P/s = kat mesir ni, susah juga nak cari barang kek yang kena dengan bajet kita, kalau nak meniaga tu lain la kan? Kalau macam kita nak makan sendiri, jadi macam kat atas tu la, asal boleh makan. Pengajaran dari kali pertama ni :
1. Kalau nak masak kek dengan microwave, kena guna versi kek lembap, kalau tak jadi macam plastik.
2. Double the frosting
3. Assemble kek atas pinggan, no more dalam bekas.
4. Belajar lagi buat ganache.
Semalam sebenarnya buat dua bekas, hajatnya nak bagi kat ummi(isteri pegawai), since tak berapa nak jadi, adik2 datang mengaji semalam, hidang je kat diorang, habis pula depa makan..semua cakap sedap. Saja nak bodek la tu..hahah, whatever, asalkan habis kek beta.
Markah untuk semalam : 50%
Cuba lagi lain kali :-)
No comments:
Post a Comment