Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, 3 December 2015

Bola Manis (donut bulat)

Sumber gambar : google


Bahan-bahan ( boleh dalam 14 biji je...sesuai untuk I yang ada anak seorang)
2 sudu besar yis
2 sudu besar gula
1/2 cawan air
1 cawan tepung gandum.

cara-cara
1. campurkan air dan gula, kacau sampai gula tu larut.
2. Masukkan yis. Tunggu sampai yis berbuih dalam lebih kurang lima minit macamtu
3. Masuk campuran yis tadi ke dalam tepung. Uli sampai adunan tu bila kita tarik tak putus.
4. Rehatkan doh sampai dia naik 2 kali ganda.
5. Cubit-cubit dan gentel bentuk bulat.
6. Susun atas pinggan yang telah ditabur tepung. Tunggu lagi sampai ball tu mengembang cantik.
7. Sambil-sambil tu panaskan minyak, gorenglah dalam minyak tenggelam dengan api sederhana. Siram2 minyak bagi dia bulat cantik dan tak menggerutu.
8. Angkat dan boleh la nak ditabur gula halus atau celup air gula.

Resepi Churros

Sumber gambar : google

Nampak comel je si agnes ni pikul churros kan. Budak2 memang suka bende yang manis. Jom kita tengok buat.

Bahan-bahan:
1 cawan air
2 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu minyak
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
1. Masak campuran air, gula, garam, minyak sampai agak-agak mendidih gitu.
2. Tutup api.
3. Masukkan tepung. Kacau sampai dah tak boleh kacau. Tunggu agak-agak sejuk, masukkan dalam plastik @ piping bag.
4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
5. Paipkanlah churos tu dalam minyak panas.
-kalau macam nak bentuk cantik sikit, mungkin boleh paipkan dulu atas kertas, lepastu baru transfer ke dalam kuali.

Biskut Nestum

sumber gambar : google

Sumber resepi : Fb suriea noor 

yang ni tak pernah buat lagi, akan dicuba suatu masa nanti

Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
1 cawan nestum- kisar halus
250g butter
1/4 cawan minyak
3/4 cawan gula

Cara-cara
1. Ayak tepung, dan nestum.
2. Pukul gula, butter dan minyak sehingga kembang.
3. Masukkan tepung kedalam adunan butter sedikit demi sedikit.
4. Canai, terap dan hias.
5. Bakar.

Apam Simple

Sumber : google

Resepi (versi aini)...dapat 7 biji cupcake saiz sederhana

Bahan-bahan :
3 biji telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum

Cara-cara:
1. Pecahkan 3 biji telur, dan gula..dalam blender.
2. Blend sampai kembang.
3. Masukkan tepung. Blend lagi.
4. Kukus ikut periuk masing-masing ya. Macam aini guna rice cooker yang ada pengukus tu, 5 minit je dah masak

Tuesday, 1 December 2015

Resepi Kek Batik

Sumber : Google

Bahan-bahan : sumber Myresepi
– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie

Cara-cara :

  • Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  • Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  • Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  • Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  • Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  • Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam
  • Kalau nak makan, keluarkan dahulu kek batik kira-kira 30 menit karena pasti sudah keras sebab masuk di peti sejuk.
  • Kek batik siap di hidangkan.


  • Monday, 9 November 2015

    Kek Coklat Pisang

    First trial...kata orang ala secret recipe..oleh kerana kita tak pernah merasa secret recipe ape bende...jadi kita agak 2 je la buatnya.

    Resepi kek coklat..macam biasa kek coklat basah..
    Beli tepung kek coklat yang dah siap (400g)
    Telur 5 biji
    Air 80mlm
    Sekotak air susu perisa coklat.

    Resepi coklat frosting
    500 ml air susu periksa coklat (kena sejukkan)
    4 paket serbuk whipping cream
    (Semalam terlupa nak beli air coklat, itu yang frosting nya warna putih)

    Resepi ganache coklat.
    Coklat bar..ikut pilihan..
    Susu@ heavy cream
    (Tip untuk ganache, susu mestila agak2 sekadar menenggelamkan coklat je...tapi bukan tenggelam sampai lemas la)

    Pisang secukupnya

    Cara-cara
    1. Mula-mula, bancuh kek, dan bakar dalam microwave. Adunan ni boleh buat 4 biji kek saiz sederhana. (Kena ukur balik saiz tupperware yang saya guna semalam)
    2. Apabila kek dah masak, biar sejuk, lepastu belah dua. Dan masukkan ke dalam peti.
    3. Sekarang buat frosting. Susu sejuk + serbuk whipping cream, pukul pakai garfu sampai bertanduk.
    4. Assembling the cake, mula2 letak satu lapis kek, sapu frosting, kemudian susun pisang, then letak lagi frosting, baru letak lapisan kek lagi, dan tutup keseluruhan kek dengan frosting lagi2.( 1 biji kek perlu 2paket serbuk whipping cream)
    5. Simpan kek dalam peti sejuk sementara nak buat ganache. Oleh kerana semalam, nak try buat ganache versi mesir tapi dah terlupa, buat je versi campur apa yang ada, masak susu dan minyak sikit (konsep heavy cream adalah dehydrogenated milk)...betul ke tak sebutannya tu tak tahulah, tapi maksudnya minyak tu kita masak dulu, so minyak tu la yang akan membekukan coklat. Bila dah agak menggelegak tu baru masukkan coklat. Kacau2 sampai berkilat.
    6. Ganache ni kena tunggu sejuk baru boleh curah atas frosting, kalau tak dengan frosting2nya meleleh kat tepi. Menyesal tak berguna ya adik2

    Dah boleh makan, nyum nyum.

    P/s = kat mesir ni, susah juga nak cari barang kek yang kena dengan bajet kita, kalau nak meniaga tu lain la kan? Kalau macam kita nak makan sendiri, jadi macam kat atas tu la, asal boleh makan. Pengajaran dari kali pertama ni :
    1. Kalau nak masak kek dengan microwave, kena guna versi kek lembap, kalau tak jadi macam plastik.
    2. Double the frosting
    3. Assemble kek atas pinggan, no more dalam bekas.
    4. Belajar lagi buat ganache.

    Semalam sebenarnya buat dua bekas, hajatnya nak bagi kat ummi(isteri pegawai), since tak berapa nak jadi, adik2 datang mengaji semalam, hidang je kat diorang, habis pula depa makan..semua cakap sedap. Saja nak bodek la tu..hahah, whatever, asalkan habis kek beta.

    Markah untuk semalam : 50%
    Cuba lagi lain kali :-)

    Thursday, 5 November 2015

    Kek coklat lapis cheese versi microwave

    Selepas beberapa hari exam, lepastu tengok pula ipar duai pakat upload gambar kek coklat, rasa teringin.
    Kebetulan memang lama tak buat. Last time bila eh, 2 bulan lepas kut. Jadi ni resepi nya, resepi orang malas je.

    =>Lapisan kek coklat (boleh buat dua biji)
    Sekotak tepung kek coklat
    250 ml susu (2 kotak air susu)
    3 biji telur
    90 ml minyak (2/3 cawan )

    =>Lapisan cheese
    Segelas cheese cream (250g )
    1 biji telur
    1 sudu gula
    1 sudu tepung
    1 sudu minyak
    1 sudu kecil baking powder
    1 sudu kecil vanila
    100ml air/susu

    Step:
    1. Adunan kek coklat dibahagikan sama rata kepada 4 bahagian.
    2. Bakar 1 bahagian dalam mikrowave, guna medium heat selama 6-8 minit
    3. Bila dah masak lapisan coklat, curah lapisan cheese dan bakar selama 6-8 minit.
    4. Akhir sekali, curahkan 1 bahagian lapisan cokolat untuk uppermost layer. Bakar selama 10-12 minit.
    5. Angkat dan sejukkan kek. Letakkan cream dan hias dengan pisang. Nyum nyum nyum.

    Sebenarnya saya buat dua kek, jadi separuh lagi tu, pandai 2 la nak bakar macam tu je ke, jadi kek coklat lembab atau buat adunan cheese 1 lagi. Buat banyak boleh share dengan jiran.

    Lepastu, kalau tengok kek saya tu, saiz dia kecil je, tak tahu la berapa inci, tapi kalau letak sebiji dalam pinggan nasi tu muat la.

    Untuk cream, saya guna serbuk whipping cream. Campur susu sejuk, kacau2 dengan garfu. Since sekarAng ni dah masuk winter, jadi tak perlula tenaga yang banyak nak blender@mixer. 3 minit je dah pekat.