Wednesday, 21 October 2015

Syamail Muhammadiyah ( Hadis 1- Hadis 5 )

Bab 1 : Tubuh badan Rasulullah SAW

Hadis 1 : Daripada Abu Raja' Qutaibah bin Said, darpada Malik bin Anas, darpada Rabiah bin Abi Abdurrahman, daripada Anas Bin Malik RA berkata : " Rasulullah SAW bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun tidak pula pendek, bukan putih pucat, bukan juga sawo matang, tidak kerinting kotot, tidak juga lurus kaku. Beliau diutus Allah SWT pada usia empat puluh tahun. Beliau menetap di Makkahsepuluh tahun dan di Madinah sepuluh tahun. Beliau diwafatkan Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban  yang terdapat di kepala dan janggutnya.


  • (اخبرنا) , diberitakan, diberitahu,
  • Rabiah : Gelarannya "Farrukh", seorang yang hafal dan faqih. Merupakan ahli feqh di Madinah
  • Anas Bin Malik : Bekerja dengan nabi SAW semenjak berumur 10 tahun. Di antara doa nabi kepada Anas " االهم اكثر ماله وولده وبارك فيه ". Anas dikurniakan 125 orang anak dan kebunnya berbuah sebanyak 2x setahun.
  • ( البائن ) : sebagai penerangan, bahawa Rasulullah sebenarnya seorang yamg tinggi. Namun tinggi yang sedang molek.
  • ( ولا بالقصير ). sebagai sandaran kepada perkataan ( بالطاول )
  • ( الابياض الامحاق ) : putih pucat. Terlalu putih yang menghilangkan warna merah darah dan cahaya.
  • Warna putih adalah warna yang mulia
  • Tidak sawo matang : Berkata imam Baihaqi : warna kulit nabi SAW sawo matang bercampur dengan putih.
  • Mendapat wahyu dari (ru'ya as-solihah ).
  • terdapat riwayat yang mengatakan bahawa rasulullah SAW berada di Mekah selama 13 tahun. tetapi 10 tahun kerasulan dan 3 tahun kenabian


Hadis 2 : Daripada  Humaid bin Mas'adah Al Basri, darpada Abdul Wahhab Assaqofi, daripada Humaid, daripada Anas Bin Malik RA berkata : Rasulullah SAW adalah orang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah. Bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak pula lurus kaku. Kulitnya coklat. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.


  • Dikatakan Rasulullah SAW berjalan sedikit laju dan menggunakan tongkat


Hadis 3 : Daripada Muhammad bin Basyar Al- Abdi, daripada Muhammad Bin Jaafar, darpada Syu'bah, daripada Abu Ishaq, aku mendengar Al-Bara' Bin Azib berkata : " RAsulullah SAW adalah seorang lelaki yang sedang, jarak antara kedua bahunya lebar. Rambutnya lebat terurai ke bahu dan sampai ke daun telinga. Apabila baginda memakai pakaian merah, tidak pernah aku melihat seorang pun yang lebih tampan dari baginda SAW.

Hadis 4 : Daripada Mahmud bin Ghailan, daripada Waqi', daripada Sufyan, daripada Abu Ishaq, daripada Al-Bara' bin Azib, beliau berkata : " Aku tidak pernah melihat orang memiliki ramut limmah, yang memakai pakaian berwarna merah, yang lebih tampan daripada rasulullah SAW. Rambut baginda SAW mencecah kedua bahu. Di antara kedua bahunya bidang. Baginda bukanlah seoramg uang rendah dan bukan juga terlampau tinggi.

Hadis 5 : Daripada Muhammad bin ismail, daripada Abu Nuaim, daripada Al-Mas'udi, daripada Ustman bin Muslim bin Hurmuz, daripada Nafi' bin Jubair bin Mut'im, daripada Ali bin Abi Talib RA , beliau berkata : Rasulullah SAW tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya vterasa tebal tetapi lembut. kepalanya besar, tulang sendinya besar. Buklu yang tumbuh di dada hingga pusatnya tebal.


  • Ali bin Abi talib, Abu hasan, merupakan remaja pertama yang beriman. Bersama dengan baginda SAW dalam setiap peperangan kecuali perang Tabuk. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada beliau RA ( kamu ini kepadaku seperti Harun AS kepada Musa AS, bezanya, tiada nabi lagi selepas daripada aku ). meninggal setelah tiga hari menderita ditikam oleh Abdul rahman Bin Muljim.

Hadis 6 : Dari Sufyan bin Waqi' : Ayahku berkata, dari Al-Mas'udi, dengan sanad dan hanis seperti di atas.

Bab, dari segi bahasa bermaksud apa yang menghubungkan kepada maksud. Dari segi istilah, ia adalah lafaz yang khusus, menunjuk kepada lafa yang khusus

Ilmu hadis riwayat : Ilmu yang berkisar tentang apa yang dilakukan oleh nabi SAW atau sahabat RA, kata-kata, perbuatan, taqrir atau sifat

Ilmu hadis dirayah : Ilmu yang membincangkan tentang perawi dan sifatnya serta sifat hadis.

Tujuan mempelajari hadis : Agar mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat



p/s : Hadis dibincangkan oleh Syeikh Ahmad Zamzami Bin Che Daud, di dalam kelas pengajian Tafaqquh KPKM ( 2015/2016)

-( diizinkan salin dan tampal bersyarat, letak link ke blog asal dan nama pemilik nota ya)

Syamail Muhammadiyah (Pengenalan )

Dimulakan kitab ini dengan lafaz ( بسم الله الرحمن الرحيم ) kerana mengikut syariat ulama terdahulu dalam memulakan perbincangan ilmu.

Kisah berkaitan ( بسم الله الرحمن الرحيم ) :
1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A : Beliau berkata : " Telah bertemu dua ekor syaitan, mukmin dan kafir. Syaitan bagi orang kafir itu sangat gemuk, manakala syaitan bagi orang mukmin itu kurus dan daif. Syaitan bagi orang kafir bertanya kepada syaitan mukmin : "kenapa kamu ini sangat kurus?". Jawab syaitan mukmin : " Aku ini tinggal bersama seorang lelaki, apabila dia makan, dia menyebut nama Allah, jadilah aku kelaparan. Apabila dia minum, dia menyebut nama Allah, jadilah aku kehausan. Apabila dia berhias, dia menyebut nama Allah, jadilah aku hodoh. Dan apabila dia memakai pakaian, dia menyebut nama Allah, maka jadilah aku tidak berpakaian." Kemudian berkatalah syaitan bagi orang kafir, " Aku bersama seorang lelaki yang tak melakukan seperti itu, jadi aku berkongsi makan, minum, minyak dan pakaiannya "

2. Suatu hari, Kaisar, raja Rom telah menghantar surat kepada Saidina Umar bin Alkhattab R.A." Wahai Umar, aku telah ditimpa sakit kepala, kirimlah kepadaku apa sahaja sebagai penawar."
Lantas Saidina Umar mengirim Qalansuah (balutan kain), yang jika diletakkan di atas kepalanya, hilanglah sakit. Jika dibuang, sakit itu akan kembali! Raja Rom berasa hairan dengan perkara tersebut lalu menyuruh orang membuka balutan qalansuah. Rupanya, terdapat sehelai kertas bertulis ( بسم الله الرحمن الرحيم ) . Beliau berkata, sesungguhnya agama ini sangat mulia dan megah sehingga Allah menyembuhkan aku dengan hanya satu ayat sahaja. Beliau pun memeluk Islam dan menjadi muslim yang baik.

3. Faedah ( بسم الله الرحمن الرحيم ) : Berkata Ibn Iraq dalam kitabnya ( الصراط المستقيم في خواص بسم الله الرحمن الرحيم ) : Sesunggunhnya sesiapa yang menulis di atas sekeping kertas pada 1 Muharram 113x basmalah, kemudian dia membawanya, dia dan keluarganya sesuatu yang buruk selama dia hidup. dan sesiapa yang menulis ( الرحمن ) sebanyak 50x kmudian membawanya berjumpa dengan pemimpin yang zalim, dia akan aman dari kezaliman pemimpin tersebut.

Kemudian kitab ini diteruskan dengan perkataan ( الحمد لله ) sebagai mengikuti apa yang tertulis di dalam Al-Quran.

(وسلام) : Tanwin, sebagai membesarkan.

(قال ) : DIsebut di sini lafaz madhi (sudah berlaku ) kerana mungkin kata pengantar ini ditulis selepas selesai keseluruhan kitab. Dan mungkin juga kerana penulis berharap dengan perkataan ini dapat memberi motivasi agar kitab selesai ditulis.

(الشيخ ) : ;Pada asalnya, perkataan syeikh ditujukan kepada lelaki yang berumur lebih darpada 50 tahun. Namun, boleh juga perkataan syeikh digunakan kepada lelaki yang muda tetapi mempunyai ilmu yang banyak.

( الحافظ ) : yang dimaksudkan dengan Al-Hafiz pada nama Imam Tirmidzi adalah kerana beliau adalah  kerana beliau berada di salah satu martabat perawi hadis

Peringkat perawi hadis :

  1. At-Tolib ( sedang belajar )
  2. Al-Muhaddis ( mengambil berat tentang riwayat dan dirayat hadis )
  3. Al-Hafiz ( menghafal 100,00 hadis matan dan sanad )
  4. Al-Hujjah ( Menghafal 300,00 hadis )
  5. Al-Hakim ( Tahu semua perkara mengenai hadis )



Siapakah Imam Tirmidzi?
Boleh dibaca Tarmidzi, Tirmidzi,atau Turmudzi. Beliau adalah  Muhammad Ibnu Musa bin Saurah bin Ad-Dhahhak Al-Sulami ( dari bani sulaim ). Dikatakan beliau ini telah buta semenjak dari kecil.
Beliau digelar Abi Isa.
Terdapat hadis Nabi SAW, Rasulullah SAW telah mendengar seorang lelaki bernama Abi Isa, maka baginda SAW bersabda : " Sesungguhnya Nabi Isa tidak mempunyai bapa "
Maka, makruh menamakan sedemikian, kecuali jika lelaki tersebut benar-benar mempunyai anak yang bernama Isa


P/s : Pembentangan kitab oleh Syeikh Ahmad Zamzami Che Daud, Sempena kelas tafaqquh KPKM (2015/2016)


(Diizinkan copy n paste bersyarat, sila letak link blog asal dan nama pembentangnya ya)

Tuesday, 20 October 2015

Tip kurus dengan cepat

1. Banyakkan makan makanan berkhasiat dan organik. Contoh nya buah, sayur.
2. Rajinkan diri untuk memasak d rumah.
3. Lewatkan sarapan pagi sehingga jam 10 atau 11.
4. Hadkan makan malam sehingga wants maghrib.
5. Banyak minum air kosong. Setiap 25kg = 1L air.
6. Elakkan makan d kedai, elakkan makanan ringan, elakkan air bergula.
7. Lakukan senaman 30 minit setiap hari, 5 hari seminggu.
8. Letakkan target berat yang sederhana. Contohnya, buang 5kg berat dalam masa 2minggu.
9. Beri hadiah untuk diri sendiri jika mencapai target. Elakkan hadiah bersifat makanan.
10. Elakkan diet yang keterlaluan, kerana anda akan mudah asa jika tidak mencapai hasilnya.
11. Sematkan dalam dada, diet bukan untuk kurus, tetapi cara hidup.
12. Beri peluang kepada diri untuk bergembira dengan "cheat day". Hadkan tidak lebih dua Kali dalam sebulan.

Good luck dieters

Monday, 19 October 2015

Forensik

Forensik Sebagai Kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengenalan
Menjelang Abad ke -21 bidang Forensik telah menjadi sangat popular hampir diseluruh dunia, Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangunkan juga tidak terkecuali. Bidang forensik sama seperti bidang sains tulen atau sains gunaan telah lama wujud namun setelah sekian lama tumpuan mula diberikan.
Pandangan orang ramai bahawa bidang forensik adalah suatu bidang yang baru ditonjolkan adalah tidak benar kerana bidang ini sebenarnya telah wujud sejak berkurun lamanya. Semuanya bermula dengan seorang saintis ulung yang bernama Dr.Edmond Locard.
Beliau merupakan perintis dalam bidang sains forensik yang bermula pada tahun 1910 dengan menubuhkan ‘Crime Laboratory’ makmal penyiasatan pertama di Lyon Perancis .Beliau berkelulusan doktor perubatan dan undang-undang. Kesungguhan beliau mempelopori bidang forensik telah mengembangkan penggunaan sains forensik dalam teknik penyiasatan polis pada awal tahun 1900-an.

Sumber  dari Stagnara Denise, private collection, Odenas, 2007
 
Sumbangan beliau kepada dunia forensik tidak ternilai antaranya ialah Locard Principle iaitu“Any action of an individual, and obviously the violent action constituting a crime, cannot occur without leaving a trace” yang membawa maksud setiap sentuhan membawa kesan telah menjadi asas kepada penyiasatan tempat kejadian.
Beliau juga telah menggunakan teknik-teknik saintifik untuk membantu dalam siasatan pihak berkuasa terutamanya pihak polis dalam menyelesaikan kes-kes jenayah rumit yang tiada saksi.
Persoalannya mengapa kini baru forensik mula mendapat tempat sedangkan ia sudah lama digunakan dalam menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan jenayah. Tidak boleh dinafikan pembikinan drama bersiri yang bertemakan penyiasatan tempat kejadian menjenama semula Sains Forensik dan secara tidak langsung telah menarik perhatian para penonton program televisyen.
Rancangan TV yang dimaksudkan ialah drama bersiri yang diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer pada tahun 2000 yang bertajuk CSI:Crime Scene Investigation yang mengisahkan sekumpulan saintis dan anggota polis bekerjasama untuk menjalankan  penyiasatan di tempat kejadian dan di makmal untuk mendapatkan bahan bukti fizikal bagi menyelesaikan  jenayah kejam dan rumit yang dilakukan di sekitar bandar hiburan Las Vegas.
Sejak itu pelbagai rancangan tv yang berorientasi penyiasatan tempat kejadian dan sains forensik telah mula diterbitkan untuk memenuhi permintaan serta citarasa para penonton. Antaranya ialah CSI:New York,CSI:Miami,NCSI, Criminal Minds, Bones dan banyak lagi. Rancangan ini telah memberi nafas baru kepada peranan yang dilakukan oleh para saintis di bidang forensik dan mendedahkan kepada pelbagai kerjaya dalam bidang forensik
Pengenalan Kepada Forensik Di Kementerian Kesihatan Malaysia
Kepesatan dunia dalam mengejar pembangunan yang berasas materialistik semata-mata telah menwujudkan jurang ketakseimbangan diantara pembangunan ekonomi dan sosial yang mendorong kepada peningkatan masalah sosial. Masalah sosial yang dimaksudkan adalah kejadian jenayah seperti pembunuhan, rogol dan banyak lagi.
Pihak berkuasa seperti polis sering menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan kes-kes berkenaaan disebabkan ketiadaan atau kekurangan bahan bukti untuk tujuan pendakwaan atau sabitan kesalahan dengan penjenayah.
Hakikatnya bahan bukti itu wujud di tempat kejadian tetapi ketiadaan kepakaran dalam mengidentifikasi dan menganalisis bahan bukti menyebabkan penyelesaian sesuatu kes terbantut.
Disinilah peranan seseorang yang mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang forensik boleh digunakan dalam membantu siasatan sehingga sabitan kesalahan terhadap individu-individu dapat dilakukan berpandukan kepada bahan bukti yang diperolehi.
Tindakan ini adalah penting untuk mengurangkan kadar indeks jenayah di negara kita yang walaupun mencatatkan penurunan sekitar 10% setahun sejak tahun 2010 tetapi masih berada pada tahap yang membimbangkan. Ini adalah kerana kejadian jenayah berat makin meningkat dan menyebabkan rakyat merasakan tidak selamat untuk melakukan aktiviti harian dan menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan sejahtera.
Forensik secara mudahnya membawa maksud pengaplikasian ilmu saintifik dalam prosedur perundangan di mahkamah. Bahan bukti akan dikumpul dan dianalisis menggunakan peralatan yang canggih dan moden untuk menghasilkan laporan yang sahih yang akan membantu sistem perundangan Malaysia untuk menyelesaikan kes pendakwaan di mahkamah.
Berdasarkan laporan yang diberikan oleh pengamal forensik, Mahkamah boleh membuat keputusan dalam menjatuhkan hukuman atau membebaskan seseorang yang didakwa. Peranan seorang pengamal forensik sangat penting kerana laporan mereka memberi impak yang besar dalam sesuatu keputusan penghakiman.
Di setiap tempat kejadian individu yang terlibat dengan perlakuan salah atau jenayah tidak terkecuali daripada meninggalkan kesan atau bukti fizikal yang surih tanpa disedari. Pengamal forensik mempunyai tanggungjawab mengesan dan mengumpulkan bahan bukti tersebut di tempat kejadian. Bahan bukti tersebut akan dihantar ke Makmal Forensik dan akan melalui beberapa siri penganalisaan bergantung kepada jenis bahan bukti tersebut.
Bahan bukti yang biasa ditemui ditempat kejadian adalah seperti darah, bendalir badan, helaian rambut, cap jari, kesan tapak tangan, kaki atau kasut, mayat dan lain-lain lagi yang difikirkan akan membantu siasatan oleh pegawai penyiasatan tempat kejadian.
Kes-kes jenayah berat seperti bunuh dan rogol seringkali bergantung kepada bukti dari segi saintifik untuk membawa individu yang bersalah ke muka pengadilan. Dalam kes-kes begini pelbagai kepakaran bidang forenisk diperlukan yang bergantung kepada jenis bahan bukti yang ditemui. Di tempat kejadian kebiasaannya mangsa yang ditemui masih hidup tetapi ada juga yang tidak bernasib baik yang dijumpai telah mati.
Dengan adanya mayat di tempat kejadian peranan pengamal forensik yang bernaung dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diperlukan. Bidang-bidang yang berada di bawah KKM adalah seperti Perubatan Forensik, Toksikologi Forensik, Histologi Forensik, Antropologi Forensik, Odontologi Forensik, Radiologi Forensik ,Entomologi Forensik, Biologi  Forensik ,dan  Klinikal Forensik (melibatkan orang yang masih hidup).
Selain Kementerian Kesihatan Malaysia perkhidmatan forensik juga ditawarkan oleh agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat  dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Peranan Pengamal Forensik  Di Kementerian Kesihatan Malaysia
Perubatan Forensik merujuk kepada aplikasi pengetahuan perubatan dalam menyelesaikan kes-kes medikolegal. Fungsi utama bidang ini adalah menjalankan bedah siasat keatas mayat yang dihantar oleh pihak polis bagi mengetahui punca kematian.
Bedah siasat keatas mayat hanya boleh dijalankan di hospital kerajaan oleh seorang doktor bertauliah yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi kes-kes yang melibatkan mangsa pembunuhan, rogol dan/atau kematian yang menimbul kecurigaan, bedah siasat akan dilaksanakan oleh pakar perubatan forensik.
Pakar Perubatan forensik perlulah mempunyai kelulusan Ijazah Perubatan dan kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang kepakaran perubatan forensik. Dengan menjalani latihan khusus maka pakar forensik dipertanggungjawabkan mengendalikan kes-kes yang lebih berat yang memerlukan kepakaran serta pengalaman.Kes-kes yang sering dirujuk adalah kes bunuh, rogol, liwat, rentung, mati dalam tahanan, mayat reput serta semua kes-kes yang melibatkan kematian dalam keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan bedah siasat hanya boleh di jalankan setelah diarahkan daripada pihak polis berpangkat sarjan dan keatas. Terdapat juga situasi yang melibatkan waris tidak mengizinkan pemeriksaan bedah siasat di jalankan. Permintaan bedah siasat yang dikeluarkan oleh pihak polis hanya boleh ditarik balik jika pihak waris berjaya mendapatkan perintah majistret.
Setelah menjalankan  pemeriksaan bedah siasat pakar perubatan forensik akan mengeluarkan laporan bedah siasat berpandukan kepada penemuan-penemuan semasa bedah siasat serta hasil analisis makmal. Mereka juga akan  di kehendaki menghadirkan diri ke mahkamah untuk memberikan keterangan pakar berdasarkan laporan yang diberikan.
Pakar perubatan forensik perlu juga menghadiri tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan kes yang melibatkan jasad . Ini adalah kerana  keadaan dan kedudukan jasad ditempat kejadian adalah elemen yang penting dalam aspek rekonstruksi tempat kejadian.
Terdapat juga situasi yang melibatkan jasad atau mayat yang tidak boleh dikenalpasti identitinya atau usianya disebabkan oleh kekurangan dokumen atau maklumat disebabkan keadaan jasad yang tidak sempurna (mayat reput) . Disini peranan pengamal Odontologi forensik (Forensic Odontologist@Dentistry) diperlukan. Odontologi Forensik merujuk kepada pengaplikasian ilmu sains pergigian dan pemeriksaan pergigian serta kesan gigitan (bite marks) dalam pengenalpastian identiti yang akan digunakan dalam proses perundangan.
Pakar Odontologi Forensik mempunyai peranan yang penting dalam menyelesaikan kes-kes yang mempunyai kesukaran dalam mengenalpasti identiti mangsa atau jasad. Proses pengenalpastian identiti jasad tidak dikenali (unknown) boleh bermula ditempat kejadian, kawasan bencana ramai mangsa atau semasa bedah siasat dilakukan.
Maklumat dental postmortem dan antemortem akan dibandingkan untuk mengenalpasti identiti jasad yang dirujuk. Disamping itu, maklumat lain yang unik yang terdapat pada gigi mangsa,keadaan pertumbuhan abnormal gigi, imej radiograf bahagian muka serta anatomi dental juga boleh digunakan sebagai sumber identifikasi seseorang.
Seseorang yang berminat untuk menjadi pengamal Odontologi forensik perlu memiliki ijazah sains pergigian dan seterusnya melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang kepakaran serta sub kepakaran untuk menjadi Pakar Odontologi Forensik yang mahir.
Bidang Sains Forensik merupakan yang sangat luas yang merangkumi pelbagai sub-bidang  dalam dunia forensik. Sains Forensik merujuk kepada aplikasi sains dalam proses perundangan. Definisi sains forensik memberi gambaran bahawa skop ilmu yang diliputi adalah sangat luas. Pengamal Sains Forensik di bawah KKM lebih dikenali sebagai pegawai sains forensik (Forensic Scientist).
Peranan para pengamal ini tidak kurang penting jika dibandingkan dengan dengan pengamal bidang perubatan forensik. Kewujudannya saling lengkap-melengkapi untuk memberi perkhidmatan perubatan forensik secara menyeluruh dan efisien.Tanggungjawab pegawai sains forensik adalah lebih menjurus kepada pengendalian dan penganalisaan spesimen medikolegal.
Bahan bukti yang diambil semasa bedah siasat dijalankan akan dihantar ke makmal toksikologi forensik untuk dianalisis. Di makmal peranan pengamal sains forensik adalah untuk menerima bahan bukti atau spesimen medikolegal dan menjalankan ujian-ujian yang berkaitan dan bersesuaian untuk mengesan serta menentu ukur kandungan sesuatu bahan asing di dalam spesimen yang diterima. Spesimen yang diterima untuk dianalisis adalah seperti darah, urine, vitrieous humour dan lain-lain bendalir/cecair badan yang difikirkan penting.
Bahan asing yang sering dianalisis adalah seperti kandungan dadah berbahaya, alkohol, karbon monoksida serta bahan racun. Kehadiran bahan asing ini di dalam cecair badan boleh membantu dalam memberikan sebab kematian atau implikasi dari segi undang-undang semasa pendakwaan dijalankan.
Sama seperti Pakar perubatan forensik, Pegawai sains forensik juga akan memberikan keterangan di mahkamah berdasarkan laporan analisis makmal yang mereka sediakan. Ini bermakna peranan pengamal sains forensik terhenti setakat menyediakan laporan analisis tetapi akan berterusan sehinggga sesuatu kes itu dapat diselesaikan.
Selain itu Pegawai Sains Forensik juga mempunyai pegetahuan dan peranan dalam membantu pengawai penyiasatan dan pakar perubatan forensik ditempat kejadian untuk memberi nasihat mengenai urutan kejadian kes yang disiasat bagi mendapatkan petunjuk siapa yang terlibat dan mungkin terlibat dalam peringkat awal mencari bukti.
Pengesanan serta pengumpulan bahan bukti fizikal yang relevan menjadi antara tanggungjawab yang dijalankan oleh ahli sains forensik. Malahan memainkan peranan dalam melakar serta merakam keadaan tempat kejadian menggunakan kamera berdasarkan teknik fotografi forensik.
Tidak semua tempat kejadian jasad akan ditemui, ada ketikanya jasad yang berada pada pelbagai peringkat pereputan atau tinggalan tulang sahaja dijumpai. Pakar antropologi Forensik memainkan peranan penting dalam proses mengenalpasti tulang yang ditemui sama ada tulang manusia atau tidak, milik lelaki atau perempuan serta jika bernasib baik boleh memastikan cara atau punca kematian. Pegawai sains Forensik juga terlibat sama dalam menjalankan analisis di makmal antropologi forensik.
Jasad-jasad yang mengalami proses pereputan akan dikolonisasi oleh larva-larva serta serangga tertentu. Pengenalpasti serangga yang mendekati jasad serta peringkat tumbesaran larva akan memberikan maklumat penting dalam menggangarkan masa kematian. Bidang ini dikenali sebagai entomologi forensik. Ahli sains forensik berperanan mengumpul sampel seranga serta larva mengikut kaedah pengumpulan dan bekas yang sesuai sebelum dihantar untuk menjalani analisis di makmal.
Pengamal Sains Forensik juga mempunyai peranan dalam menyediakan slaid - slaid histologi daripada tisu-tisu yang diambil semasa bedah siasat di makmal Histologi Forensik bagi tujuan pengenalpastian oleh pakar perubatan forensik untuk memberi input dalam memberikan sebab kematian yang lebih kukuh.
Penutup
Kini, pelbagai perkhidmatan sains forensik telah dimulakan untuk memberi perkhidmatan profesional berdasarkan bukti kepada orang ramai. KKM merupakan salah satu pihak berkuasa dalam bidang forensik masih mempunyai peluang untuk penambahbaikan serta perkembangan dari segi sumber manusia, infrastruktur, peralatan dan tidak lupa juga terhadap latihan berterusan, supaya bidang forensik membangun sejajar dengan kemajuan teknologi antarabangsa.
Rujukan
  1. http://us.123rf.com/400wm/400/400/36clicks/36clicks1002/36clicks100200636/6492712-forensic-expert-collecting-evidence-at-the-crime-scene-of-a-murdered-businessman.jpg
  2. Forensic Science (http://www.explorehealthcareers.com/en/Field.22.aspx)
  3. John J. Giordano D.M.D :http://forensicdentistryresourcecenter.com/forensic_dentistry.htm
  4. http://explorehealthcareers.org/en/Career/127/Forensic_Toxicologist#Tab=Overview
  5. http://www.forensictoxicology.net/

Penulis:Saravanakumar a/l Maniam

sumber : www. myhealth.com

Sunday, 18 October 2015

Exam

Alhamdulillah..1st paper goes really well
Another 10days to the next paper...pray for me hard

Saturday, 17 October 2015

Final exam 5th year AFMG

18 oktober 2015, internal medicine written (paper 1)
- cardiology
- pulmonology
- hematology
- nephrologist
- rheumatology

Wish me luck then

Friday, 16 October 2015

Siapa saya?


 Paste gambar dulu..bila free, baru sambung tulis...jangan marah naaaa