Wednesday, 21 October 2015

Syamail Muhammadiyah ( Hadis 1- Hadis 5 )

Bab 1 : Tubuh badan Rasulullah SAW

Hadis 1 : Daripada Abu Raja' Qutaibah bin Said, darpada Malik bin Anas, darpada Rabiah bin Abi Abdurrahman, daripada Anas Bin Malik RA berkata : " Rasulullah SAW bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun tidak pula pendek, bukan putih pucat, bukan juga sawo matang, tidak kerinting kotot, tidak juga lurus kaku. Beliau diutus Allah SWT pada usia empat puluh tahun. Beliau menetap di Makkahsepuluh tahun dan di Madinah sepuluh tahun. Beliau diwafatkan Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban  yang terdapat di kepala dan janggutnya.


  • (اخبرنا) , diberitakan, diberitahu,
  • Rabiah : Gelarannya "Farrukh", seorang yang hafal dan faqih. Merupakan ahli feqh di Madinah
  • Anas Bin Malik : Bekerja dengan nabi SAW semenjak berumur 10 tahun. Di antara doa nabi kepada Anas " االهم اكثر ماله وولده وبارك فيه ". Anas dikurniakan 125 orang anak dan kebunnya berbuah sebanyak 2x setahun.
  • ( البائن ) : sebagai penerangan, bahawa Rasulullah sebenarnya seorang yamg tinggi. Namun tinggi yang sedang molek.
  • ( ولا بالقصير ). sebagai sandaran kepada perkataan ( بالطاول )
  • ( الابياض الامحاق ) : putih pucat. Terlalu putih yang menghilangkan warna merah darah dan cahaya.
  • Warna putih adalah warna yang mulia
  • Tidak sawo matang : Berkata imam Baihaqi : warna kulit nabi SAW sawo matang bercampur dengan putih.
  • Mendapat wahyu dari (ru'ya as-solihah ).
  • terdapat riwayat yang mengatakan bahawa rasulullah SAW berada di Mekah selama 13 tahun. tetapi 10 tahun kerasulan dan 3 tahun kenabian


Hadis 2 : Daripada  Humaid bin Mas'adah Al Basri, darpada Abdul Wahhab Assaqofi, daripada Humaid, daripada Anas Bin Malik RA berkata : Rasulullah SAW adalah orang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah. Bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak pula lurus kaku. Kulitnya coklat. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.


  • Dikatakan Rasulullah SAW berjalan sedikit laju dan menggunakan tongkat


Hadis 3 : Daripada Muhammad bin Basyar Al- Abdi, daripada Muhammad Bin Jaafar, darpada Syu'bah, daripada Abu Ishaq, aku mendengar Al-Bara' Bin Azib berkata : " RAsulullah SAW adalah seorang lelaki yang sedang, jarak antara kedua bahunya lebar. Rambutnya lebat terurai ke bahu dan sampai ke daun telinga. Apabila baginda memakai pakaian merah, tidak pernah aku melihat seorang pun yang lebih tampan dari baginda SAW.

Hadis 4 : Daripada Mahmud bin Ghailan, daripada Waqi', daripada Sufyan, daripada Abu Ishaq, daripada Al-Bara' bin Azib, beliau berkata : " Aku tidak pernah melihat orang memiliki ramut limmah, yang memakai pakaian berwarna merah, yang lebih tampan daripada rasulullah SAW. Rambut baginda SAW mencecah kedua bahu. Di antara kedua bahunya bidang. Baginda bukanlah seoramg uang rendah dan bukan juga terlampau tinggi.

Hadis 5 : Daripada Muhammad bin ismail, daripada Abu Nuaim, daripada Al-Mas'udi, daripada Ustman bin Muslim bin Hurmuz, daripada Nafi' bin Jubair bin Mut'im, daripada Ali bin Abi Talib RA , beliau berkata : Rasulullah SAW tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya vterasa tebal tetapi lembut. kepalanya besar, tulang sendinya besar. Buklu yang tumbuh di dada hingga pusatnya tebal.


  • Ali bin Abi talib, Abu hasan, merupakan remaja pertama yang beriman. Bersama dengan baginda SAW dalam setiap peperangan kecuali perang Tabuk. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada beliau RA ( kamu ini kepadaku seperti Harun AS kepada Musa AS, bezanya, tiada nabi lagi selepas daripada aku ). meninggal setelah tiga hari menderita ditikam oleh Abdul rahman Bin Muljim.

Hadis 6 : Dari Sufyan bin Waqi' : Ayahku berkata, dari Al-Mas'udi, dengan sanad dan hanis seperti di atas.

Bab, dari segi bahasa bermaksud apa yang menghubungkan kepada maksud. Dari segi istilah, ia adalah lafaz yang khusus, menunjuk kepada lafa yang khusus

Ilmu hadis riwayat : Ilmu yang berkisar tentang apa yang dilakukan oleh nabi SAW atau sahabat RA, kata-kata, perbuatan, taqrir atau sifat

Ilmu hadis dirayah : Ilmu yang membincangkan tentang perawi dan sifatnya serta sifat hadis.

Tujuan mempelajari hadis : Agar mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat



p/s : Hadis dibincangkan oleh Syeikh Ahmad Zamzami Bin Che Daud, di dalam kelas pengajian Tafaqquh KPKM ( 2015/2016)

-( diizinkan salin dan tampal bersyarat, letak link ke blog asal dan nama pemilik nota ya)

No comments:

Post a Comment