Al-Masad ( Sabut pelepah tamar ) @ Al-Lahab ( Menyala-nyala)
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
1. Binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
2. Hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. Ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.
4. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
5. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.
Surah ini diturunkan di Makkah.
Dari Al-Bukhari, dari ibnu Abbas, pada suatu hari Rasulullah SAW telah pergi ke lembah Batha, kemudian baginda mendaki bukit di sana, lalu baginda melaungkan
«يَا صَبَاحَاه» Wahai waktu pagi, (wahai manusia, dengarlah!!)..
kemudian orang-orang datang mengelilingi baginda SAW, baginda menyambung
«أَرَأَيْتُمْ إِنْ حَدَّثْتُكُمْ أَنَّ الْعَدُوَّ مُصَبِّحُكُمْ، أَوْ مُمَسِّيكُمْ أَكُنْتُمْ تُصَدِّقُونِّي» Adakah kamu percaya jika aku katakan, ada musuh yang akan mendatangi kamu pada waktu atau pada petang ?
Orang Quraish menjawab :" Ya ". rasulullah SAW berkata lagi :
«فَإِنِّي نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيد» Sesungguhnya aku diutuskan untuk memberi peringatan kepada kalian tentang azab yang pedih.
Lalu Abu Lahab menyumpah : Adakah kamu mengumpul kami pagi ini hanya untuk mendengar kamu mengarut? Binasalah kamu.
Lalu Allah menurunkan ayat :
تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ وَتَبَّ
1. Binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
«يَا أَيُّهَا النَّاسُ، قُولُوا: لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ تُفْلِحُوا»
"Wahai Manusia, katakanlah, tiada Tuhan selain Allah, kamu akan berjaya"

Ada riwayat mengatakan bahawa, ketika Abu Lahab bangun, lalu menyapu debu di tangannya, kemudian berkata kepada Nabi SAW "Celakalah kamu Muhammad, adakah kamu mengumpulkan kami pagi ni untuk mendengar kamu mengarut?"
Tabbat yang pertama adalah sumpahan, manakalah "watab" adalah sifat keadaan binasa Abu Lahab.
Abu Lahab merupakan bapa saudara Rasulullah SAW. Nama sebenarnya `Abdul-`Uzza bin Abdul-Muttalib. Juga digelar Abu Utaibah. Gelaran Abu Lahab adalah kerana dia mempunyai wajah yang cerah. Selepas kenabian, Abu Lahab selalu menyakiti dan mengkhianati Nabi SAW. Dia mencela Nabi dan Islam.
Diriwayatkan daripada Imam Ahmad, dari Abu Az-Zinad, seorang lelaki (Rabiah bin Ab-Bad) berkata kepada beliau, " pada suatu hari ketika sebelum aku memeluk Islam, aku melihat Rasulullah di pasar Zul Majaj. Beliau berjalan sambil berkata :"
«يَا أَيُّهَا النَّاسُ، قُولُوا: لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ تُفْلِحُوا»
"Wahai Manusia, katakanlah, tiada Tuhan selain Allah, kamu akan berjaya"
Orang-orang mengelilingi baginda SAW. Terdapat seorang lelaki yang berwajah cerah, bermuka bengis dengan rambut mempunyai dua pintalan berjalan di belakang nabi SAW sambil berkata : "Sesungguhnya dia ni orang yang murtad dari agama kita dan penipu". Lelaki tersebut selalu mengekori Nabi. Jadi aku bertanya kepada orang sekelilingku, " siapa lelaki dibelakang tu?". Mereka berkata, "Itulah bapa saudaranya, Abu Lahab"
Imam Ahmad juga ada menyebut, dari Suraij, dari Abu Az-Zinad, dari bapa Abu Zinad, dengan riwayat yang sama, Zinad bertanya kepada Rabiah "adakah pada masa tu kamu masih kanak-kanak?". Rabiah berkata, " tidak, aku sudah agak remaja dan bijak serta menjadi di antara peniup seruling terbaik."
Kemudian ayat seterusnya,
مَآ أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ
2. Hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
Ibnu Abbas dan yang lain berkata tentang وَمَا كَسَبَ
Kasab dituju kepada anak-anak Abu Lahab. Maksud yang sama dikatakan oleh `A'ishah, Mujahid, `Ata', Al-Hasan and Ibn Sirin. Dari Ibnu Mas'ud, ketika Rasulullah SAW mengajak kaumnya untuk beriman kepada Allah SWT, Abu Lahab berkata dengan angkuh, "walaupun apa yang dikatakan oleh Muhammad anak saudaraku itu betul, aku akan menggunakan harta dan anak-anak ku untuk menyelamatkan diri dari Azab." Lalu Allah menurunkan ayat
مَآ أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ
kemudian disambung,
سَيَصْلَى نَاراً ذَاتَ لَهَبٍ
3. dia akan dimasukkan ke dalam neraka yang api menjulang
وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ
4. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api
وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ - فِى جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍDan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.
فِى جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍ
Isterinya pula, Ummu Jamil, di antara pemimpin wanita terkenal di kalangan Quraisy. Nama sebenarnya 'Arwah Bint Harb bin Umaiyyah. Merupakan saudara perempuan kepada Abu Sufyan. Ummu Jamil bersepakat dan bersekongkol dengan suaminya dalam kesyirikan dan pengkhianatan terhadap Nabi SAW dan agama Islam. Maka, dengan sebab itu, dia akan menjadi pembantu dan menambah seksaan terhadap Abu Lahab. Allah berfirman
وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ - فِى جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍDan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.
Maksudnya, dia akan membawa kayu api untuk dilontarkan kepada suaminya untuk menambahkan seksaan. Dan dia juga bakal mendapat seksaan yang sama.
فِى جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍ
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.
Mujahid dan 'Urwah berkata :"Hablun min masad, bermaksud, tali yang dibuat dari pelepah tamar yang panas berapi"
Dari Al- Awfi, dari Ibn `Abbas, `Atiyah Al-Jadali, Ad-Dahhak and Ibn Zayd berkata, Ummu Jamil terkenal kerana selalu meletakkan duri dan kayu di jalanan untuk menghalang perjalanan Nabi SAW.
Manakala Al-Jawhari pula berkata : "Al-Masad bermaksud serat serabut sabut. Iaitu tali yang dibuat dari sabut pohon tamar atau dari pelepah tamar. Tali itu juga mungkin dibuat dari kulit atau bulu unta. Disebut di dalam bahasa arab, Masadtul Habla atau Amsaduhu Masadan, bila tali itu ditarik dengan kuat, ia akan berpintal."

فِى جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍ bermaksud kolar besi. Pulley cable = Al-Masad= Tali takal/kapi
Dari Ibnu Abi Hatim, ayahnya dan Abu Zur'ah berkata, dari Abdullah bin Az-zubair Al Humaidi, dari Sufyan dari Al-Walid bin Katsir, seperti yang diriwayatkan dari Ibnu Tadrus dari Asma' bint Abu Bakar, berkata, apabila diturunkan ayat :
تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ
Merahlah mata Ummu Jamil, dan dia mengambil sebiji batu lalu berkata, " Muhammad telah mencela bapa kita, dan agamanya adalah cemuhan kita, dan dia mengarahkan semua orang mengingkari kita."
Ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk di dalam Masjid (di dalam Kaabah) bersama Abu Bakar. Apabila Abu Bakar melihat Ummu Jamil, beliau berkata, " Ya Rasulullah, dia dah datang, aku takut kalau dia nampak kamu".
Rasulullah SAW menjawab, "«إِنَّهَا لَنْ تَرَانِي» sesungguhnya dia tidak akan nampak aku"
Kemudian Rasulullah membcakan ayat Al-Quran:
Kemudian Rasulullah membcakan ayat Al-Quran:
وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرءَانَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِالاٌّخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا
Dan apabila Engkau membaca Al-Quran (Wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang Yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding Yang tidak dapat dilihat, Yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu.(Al-Isra'-45)
Kemudian, Ummu Jamil mendekat kepada Nabi Muhammad dan Abu Bakar lalu berkata, " Wahai Abu Bakar, aku dengar sahabatmu telah membuat bait syair yang menghina aku". Jawab Abu Bakar, " Tak, demi Tuhan Kaabah, dia tidak membuat apa-apa". Lalu Ummu Jamil berpaling dan pergi sambil berkata, "nampaknya orang Quraisy pun tahu aku ni anak ketua mereka".
Al Walid dan beberapa yang lain meriwayatkan kisah yang lain tentang hadis ini, ketika Ummu Jamil melakukan tawaf di sekeliling Kaabah, dia telah tersadung labuhan kainnya, lalu melatah, " terkutuklah orang yang memfitnah aku".
Ummu Hakim bin Abdul Mutallib berkata: " Aku ada perempuan dari kalangan bangsawan, jadi aku tidak akan berkata yang jahat dan berhalus sahaja. Aku dan Ummu Jamil adalah dari keturunan yang sama, dan orang Quraisy tahu tentang itu."
P/s :Setakat ini sahaja tafsir, kalau terjumpa info lagi, saya akan sambung lagi.
Apa yang baik itu, dari ALLAH SWT, yang kurang itu adalah kerana kelemahan saya.
No comments:
Post a Comment