Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr (lahir 612 - meninggal dunia 678) (Bahasa Arab: عائشة, 'Ā'isyaṯ, "yang hidup") adalah isteri ketigaNabi Muhammad. Dalam sejarah Islam, sebagaimana isteri-isteri baginda yang lain, beliau turut dikenali dengan "Ibu Orang Beriman" (Ummul Mukminin) seperti yang disebut dalam al-Quran (33:6). Beliau telah bertunang dengan Nabi Muhammad pada umurnya enam tahun dan berkahwin dengan Nabi Muhammmad pada umur sembilan tahun.
Aisyah telah memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam, ketika Nabi Muhammad hidup dan selepas Nabi Muhammad telah wafat. Beliau juga dianggap oleh orang ramai sebagai isteri kesayangan baginda, beliau juga dianggap sebagai seorang tokoh yang aktif dalam pelbagai acara dan seorang saksi yang penting untuk banyak peristiwa Islam yang awal. Aisyah menyumbang kepada pertumbuhan, pembangunan, dan kefahaman Islam. Beliau memaikan peranan dalam penyampaian riwayat, kisah hidup dan amalan serta doa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad
.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad
, Aisyah telah sedia terlibat dalam meneruskan mesej baginda. Beliau hidup semasa pemerintahan sekurang-kurangnya empat khalifah pertama. Bapanya menjadi khalifah pertama untuk menggantikan pentadbiran Nabi Muhammad
. Khalifah kedua, Umar, kemudian menggantikan Abu Bakar sebagai Khalifah Islam. Selepas kematian Khalifah kedua, Uthman, Aisyah membalas dendam kematiannya dalam peperangan unta. Beliau terlibat dalam pertempuran dengan memberi ucapan, dan menunggang unta beliau di dalamnya.


Aisyah ialah satu-satunya isteri Nabi Muhammad
yang dikahwini baginda dengan status anak dara atau gadis. Upacara pernikahan itu dilakukan oleh ayahanda Aisyah sendiri, Abu Bakar, dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham.

Terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Nabi
. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.

Imam Bukhari menyatakan bahawa umur Aisyah sewaktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi.Imam Bukhari menyatakan di dalam kitabnya:
Walau bagaimanapun, diriwayatkan oleh Bukhari lagi didalam kitabnya:
Mengikut sejarah, Aisyah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas pada waktu itu. Berdasarkan riwayat dari Imam Bukhari ini jelas menunjukkan;
- Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun pada waktu itu.
- Jika umur Aisyah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610.
- Aisyah kahwin dengan Nabi Muhammad
pada tahun 623 bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun
Seterusnya, para ulama membandingkan usia Aisyah dengan kakaknya, Asma binti Abu Bakar. Menurut Ibu Hajar Al-Asqalani, Asma hidup sehinga 100 tahun dan wafat pada tahun ke-73 atau 74 Hijrah.[3] Ibnu Kathir pula mengatakan didalam kitabnya bahawa Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah ketika berusia 100 tahun sedangkan usia Asma pula adalah 10 tahun lebih tua daripada Aisyah.[4]
Oleh itu, mengikut pengiraan pendapat ini pula, jika pernikahan berlaku pada tahun pertama Hijrah, Siti Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad
pada umur 18 tahun.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama mengambil Hadith berikut yang menunjukkan pernikahan Aisyah berlaku lebih awal sebelum itu lagi.
Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad 
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ↑ Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal
- ↑ Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b
- ↑ Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654.
- ↑ Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372
- ↑ Hadis Sahih Muslim Buku 008, Nombor 3327
- ↑ Hadis Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 58, Nombor 234
- ↑ Hadis Sahih Bukhari Jilid 8, Buku 73, Nombor 151
Copy n salin daripada Encik Wiki
No comments:
Post a Comment