Friday, 30 October 2015

Saiyyidatina Aisyah Humaira R.A

Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr (lahir 612 - meninggal dunia 678) (Bahasa Arabعائشة‎, 'Ā'isyaṯ, "yang hidup") adalah isteri ketigaNabi Muhammad. Dalam sejarah Islam, sebagaimana isteri-isteri baginda yang lain, beliau turut dikenali dengan "Ibu Orang Beriman" (Ummul Mukminin) seperti yang disebut dalam al-Quran (33:6). Beliau telah bertunang dengan Nabi Muhammad pada umurnya enam tahun dan berkahwin dengan Nabi Muhammmad pada umur sembilan tahun.
Aisyah telah memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam, ketika Nabi Muhammad hidup dan selepas Nabi Muhammad telah wafat. Beliau juga dianggap oleh orang ramai sebagai isteri kesayangan baginda, beliau juga dianggap sebagai seorang tokoh yang aktif dalam pelbagai acara dan seorang saksi yang penting untuk banyak peristiwa Islam yang awal. Aisyah menyumbang kepada pertumbuhan, pembangunan, dan kefahaman Islam. Beliau memaikan peranan dalam penyampaian riwayat, kisah hidup dan amalan serta doa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Aisyah telah sedia terlibat dalam meneruskan mesej baginda. Beliau hidup semasa pemerintahan sekurang-kurangnya empat khalifah pertama. Bapanya menjadi khalifah pertama untuk menggantikan pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W. Khalifah kedua, Umar, kemudian menggantikan Abu Bakar sebagai Khalifah Islam. Selepas kematian Khalifah kedua, Uthman, Aisyah membalas dendam kematiannya dalam peperangan unta. Beliau terlibat dalam pertempuran dengan memberi ucapan, dan menunggang unta beliau di dalamnya.
Aisyah ialah satu-satunya isteri Nabi Muhammad S.A.W yang dikahwini baginda dengan status anak dara atau gadis. Upacara pernikahan itu dilakukan oleh ayahanda Aisyah sendiri, Abu Bakar, dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham.
Terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Nabi S.A.W. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.
Imam Bukhari menyatakan bahawa umur Aisyah sewaktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi.Imam Bukhari menyatakan di dalam kitabnya:
Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Ummu Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak. Rasulullah S.A.W mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan BadarUhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.[1]
Walau bagaimanapun, diriwayatkan oleh Bukhari lagi didalam kitabnya:
Ibnu Umar (r.a.) mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.[2]
Mengikut sejarah, Aisyah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas pada waktu itu. Berdasarkan riwayat dari Imam Bukhari ini jelas menunjukkan;
  1. Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun pada waktu itu.
  2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610.
  3. Aisyah kahwin dengan Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 623 bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun
Seterusnya, para ulama membandingkan usia Aisyah dengan kakaknya, Asma binti Abu Bakar. Menurut Ibu Hajar Al-Asqalani, Asma hidup sehinga 100 tahun dan wafat pada tahun ke-73 atau 74 Hijrah.[3] Ibnu Kathir pula mengatakan didalam kitabnya bahawa Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah ketika berusia 100 tahun sedangkan usia Asma pula adalah 10 tahun lebih tua daripada Aisyah.[4]
Oleh itu, mengikut pengiraan pendapat ini pula, jika pernikahan berlaku pada tahun pertama Hijrah, Siti Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad S.A.W pada umur 18 tahun.
Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama mengambil Hadith berikut yang menunjukkan pernikahan Aisyah berlaku lebih awal sebelum itu lagi.
Aisyah (semoga Allah memberkatinya) melaporkan bahawa Rasulullah menikahinya ketika ia berusia tujuh tahun, dan baginda (Muhammad) membawanya ke rumahnya sebagai pengantin ketika ia berusia sembilan tahun, dan anak patungnya dibawanya, dan ketika ia (Muhammad) wafat, beliau (Aishah) berusia lapan belas tahun.[5]
—Hadis Sahih Muslim
Diriwayatkan oleh Aisyah: Rasul mengahwiniku apabila saya berumur enam tahun. Kami pergi ke Madinah dan menetap dirumah Harith Kharzraj. Lalu saya jatuh sakit dan rambut keguguran. Kemudian rambut saya tumbuh (kembali) dan ibuku, Ummu Rumman, datang kepadaku ketika saya sedang bermain ayunan bersama rakan perempuanku. Beliau memanggilku, dan saya mahu kepadanya, tidak mengetahui apa yang dia mahu buat pada saya. Beliau menangkap saya dengan tangannya dan membuat saya berdiri di hadapan pintu rumah. Saya menjadi sesak nafas, dan apabila pernafasan saya menjadi baik, beliau mengambil air dan menyapu pada wajah dan kepala saya dengannya (air). Lalu membawa saya masuk ke dalam rumah. Dalam rumah saya melihat beberapa wanita Ansar dan berkata, "Harapan terbaik dan Allah memberkati dan selamat berjaya." Lalu dia (ibu) mempertanggungjawabkan saya kepada mereka dan menyiapkanku (untuk perkahwinan). Tidak dijangka Rasulullah datang kepadaku pada petangnya dan ibuku membawaku kepadanya (baginda Rasul), dan pada masa itu saya perempuan berumur sembilan tahun.[6]
—Hadis Sahih Bukhari
Dinyatakan 'Aisyah: "Aku biasa bermain dengan boneka-boneka (anak patung) di depan Nabi, dan kawan-kawan perempuanku juga biasa bermain bersamaku. Jika Rasulullah biasanya masuk ke dalam (tempat tinggalku) mereka lalu bersembunyi, tapi Nabi lalu memanggil mereka untuk bergabung dan bermain bersamaku.[7]
—Hadis Sahih Bukhari
Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad S.A.W yang banyak terlibat dalam periwayatan Hadith. Beliau menjadi sumber rujukan dengan dikatakan meriwayatkan 2210 hadith dan daripada jumlah ini 316 disebut dalam kedua-dua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Panjat Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal
  2. Panjat Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b
  3. Panjat Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654.
  4. Panjat Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372
  5. Panjat Hadis Sahih Muslim Buku 008, Nombor 3327
  6. Panjat Hadis Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 58, Nombor 234
  7. Panjat Hadis Sahih Bukhari Jilid 8, Buku 73, Nombor 151


Copy n salin daripada Encik Wiki

Thursday, 29 October 2015

Saiyyidatina Saudah Binti Zam'ah RA

Saudah binti Zam'ah (Bahasa Arabسودة بنت زمعة‎ dengan gelaran Saidatina Saudah binti Zam'ah al-Amiriyah al-Quraisiyah radhiallahu 'anha) ialah isteri Nabi Muhammad s.a.w., dan dianggap oleh orang Islam sebagai Ibu Orang Beriman.
Bapa beliau, Zam'ah ibn Qays, berasal dari suku Amir ibn Luayy dari Bani Quraish di Makkah. Ibu beliau, Al-Shamus binti Qays, dari suku Najjar dari puak Bani Khazraj di Madinah.[1]
Beliau mengahwini As-Sakran ibn Amr.[1] Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Abdur Rahman ibn Sakran, yang terbunuh dalamPerang Jalulah pada 637 AD.[2]
Saudah dan As-Sakran berhijrah ke Habsyah[1] atas arahan baginda Nabi Muhammad s.a.w. As-Sakran menuju ke Habsyah melalui jalan laut bersama Waqqas. Mereka pulang ke Makkah, yang kemudiannya As-Sakran meninggal dunia
Saudah binti Zam'ah, yang menjadi wanita pertama berhijrah ke Habsyah atas jalan Allah. Selepas kematian suami beliau, beliau menetap bersama bapanya yang sudah lanjut usia. Beliau dikhabarkan sebagai wanita yang tinggi dan bertubuh besar, dengan akhlak yang baik dan periang, sesuai untuk menjaga rumahtangga Nabi Muhammad s.a.w.[4]
Maka, Nabi Muhammad memberi keizinan untuk Khaulah binti Hakim untuk bercakap kepada Abu Bakar r.a. dan Saudah tentang perkara itu. Khaulah terus ke Saudah dan berkata, "Mahukah kamu dikurniakan Allah suatu rahmat yang besar, wahai Saudah?" Saudah bertanya, "Dan apakah itu, wahai Khaulah?" Dia menjawab, "Rasulullah telah menghantar aku untuk meminangmu!" Saudah cuba menahan diri walaupun berasa terlalu teruja dan membalas dengan suara yang bergetar, "Saya menyukainya! Pergilah kepada bapaku dan beritahu dia hal ini." Khaulah menuju ke Zam'ah, seorang tua yang cengil, memberinya salam dan kemudian berkata, "Muhammad anak kepada Abdullah anak kepada Abdul Muttalib, telah menghantarku bertanya Saudah untuk dikahwininya." Orang tua itu dengan lantang berkata, "Sekufu dan mulia. Apa yang dikatakan Saudah?" Khaulah menjawab, "Dia menyukainya." Dia menyuruh Khaulah memanggil Saudah. Apabila Saudah tiba, dia berkata, "Saudah, wanita ini mendakwa yang Muhammad anak kepada Abdullah anak kepada Abdul Muttalib telah masuk meminangmu. Dia sekufu dan mulia. Mahukah kamu aku kahwinkan dengannya?" Dia bersetuju, merasakan ia satu penghormatan yang sangat besar.[4]
Nabi Muhammad s.a.w. menikahi Saudah pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh selepas kenabian baginda (i.e., in April/May 620), beberapa tahun selepas kewafatanKhadijah r.a..[5] Menurut Ibn Sa’d, Saudah wafat pada tahun 54 Hijrah. Jika beliau hidup sehinga lapan puluhan tahun, beliau dikatakan mengahwini baginda pada usia 27. Jika beliau mencecah 90, maka beliau berkahwi pada usia tidak lebih 37 tahun yang ketika itu baginda berusia 50 tahun. [6]
Saudah menetap bersama keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dan menjaga urusan rumahtangga dan anak-anak perempuan baginda sementara Aisyah binti Abu Bakar yang baru ditunangkan dengan baginda masih tinggal di rumah ayahandanya. Hal tersebut mengejutkan warga Makkah yang baginda mengahwini janda yang sudah berusia mahupun jelita. Nabi Muhammad s.a.w., walau bagaimanapun, masih ingat ujian perit yang ditanggung Saudah ketika berhijrah ke Habsyah, meninggalkan rumah dan harta, merentasi padang pasir dan laut untuk ke negara yang tidak dikenali semata-mata ingin mempertahankan agamanya.[4]
Selepas Hijrah, masyarakat Islam mula berkembang pesat.[4]
Selepas Aisyah memasuki rumahtangga baginda, kedua-duanya menjadi rapat. Malah, Aisyah selalu menyebutkan kebaikan Saudah dan mencontoh sikapnya yang baik. Aisyah pernah menyebut:
Tiada seorang wanita pun yang paling aku sukai agar aku memiliki sifat seperti dia seorang perempuan pun yang ku inginkan agar aku menjadi dirinya melebihi Saudah karena ketegasannya dan kekuatan jiwanya.
—H.R Muslim, Nasa'i, Baihaqi dan Ibnu Majah
Apabila menjelang usia tua, baginda risau Saudah akan berasa kecewa atau sedih kerana harus menyangi isteri-isteri baginda yang lain yang lebih tua dan menawarkan beliau perceraian. Beliau yang tidak mahu hal begitu berkata beliau sanggup untuk menyerahkan bahagian malamnya kepada Aisyah, yang juga disayanginya, kerana dia mahu menjadi isteri baginda pada Hari Kebangkitan nanti.[4] Hal ini turut dikisahkan oleh Aisyah:
Ketika dia telah tua, dia memberikan bahagian malamnya bersama Nabi kepada Aisyah.
—H.R Muslim dalam Ar-Radha',10/48(1463)
Dikhabarkan, selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat, ketika bergelar Amirul MukmininUmar bin Al-Khattab r.a. telah mengirim seuncang wang dirham Saudah binti Zam'ah sebagaimana dilakukannya kepada semua isteri-isteri baginda. Walau bagaimanapun, Saudah memanggil pembantu perempuannya untuk membawakan talam, lalu memisah-misahkan dirham itu dan mendermakan semua dirham itu tanpa sebarang baki untuk dirinya.
Sepanjang hujung usianya, beliau lebih banyak beribadah dan masih menjalinkan hubungan rapat dengan Aisyah.[4] Beliau wafat di Madinah sekitar September atau Oktober 674.[5]
Khalifah Muawiyah I, khalifah pertama bagi Kerajaan Bani Umaiyah, kemudiannya membeli rumah beliau di Madinah dengan harga 180,000 dirham.


Copy dan paste from Wikipedia

Wednesday, 28 October 2015

Syamail Muhammadiyah ( Hadis 7 )


 حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنِ الْحُسَيْنِ بْنِ أَبِي حَلِيمَةَ مِنْ قَصْرِ الْأَحْنَفِ وَأَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ الْمَعْنَى وَاحِدٌ قَالُوا حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ مَوْلَى غُفْرَةَ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ مِنْ وَلَدِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ

 كَانَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِذَا وَصَفَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَمْ يَكُنْ بِالطَّوِيلِ الْمُمَّغِطِ وَلَا بِالْقَصِيرِ الْمُتَرَدِّدِ وَكَانَ رَبْعَةً مِنْ الْقَوْمِ وَلَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ وَلَا بِالسَّبِطِ كَانَ جَعْدًا رَجِلًا وَلَمْ يَكُنْ بِالْمُطَهَّمِ وَلَا بِالْمُكَلْثَمِ

وَكَانَ فِي الْوَجْهِ تَدْوِيرٌ أَبْيَضُ مُشْرَبٌ أَدْعَجُ الْعَيْنَيْنِ أَهْدَبُ الْأَشْفَارِ جَلِيلُ الْمُشَاشِ وَالْكَتَدِ أَجْرَدُ ذُو مَسْرُبَةٍ شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ

إِذَا مَشَى تَقَلَّعَ كَأَنَّمَا يَمْشِي فِي صَبَبٍ وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ مَعًا بَيْنَ كَتِفَيْهِ خَاتَمُ النُّبُوَّةِ وَهُوَ خَاتَمُ النَّبِيِّينَ أَجْوَدُ النَّاسِ كَفَّا وَأَشْرَحُهُمْ صَدْرًا وَأَصْدَقُ النَّاسِ لَهْجَةً وَأَلْيَنُهُمْ عَرِيكَةً وَأَكْرَمُهُمْ عِشْرَةً

مَنْ رَآهُ بَدِيهَةً هَابَهُ وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرِفَةً أَحَبَّهُ يَقُولُ نَاعِتُهُ لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلَا بَعْدَهُ مِثْلَهُ

 قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَيْسَ إِسْنَادُهُ بِمُتَّصِلٍ قَالَ أَبُو جَعْفَرٍ سَمِعْتُ الْأَصْمَعِيَّ يَقُولُ فِي تَفْسِيرِهِ صِفَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُمَّغِطُ الذَّاهِبُ طُولًا وَسَمِعْتُ أَعْرَابِيًّا يَقُولُ تَمَغَّطَ فِي نُشَّابَةٍ أَيْ مَدَّهَا [ص: 560] مَدًّا شَدِيدًا وَأَمَّا الْمُتَرَدِّدُ فَالدَّاخِلُ بَعْضُهُ فِي بَعْضٍ قِصَرًا وَأَمَّا الْقَطَطُ فَالشَّدِيدُ الْجُعُودَةِ وَالرَّجِلُ الَّذِي فِي شَعْرِهِ حُجُونَةٌ أَيْ يَنْحَنِي قَلِيلًا وَأَمَّا الْمُطَهَّمُ فَالْبَادِنُ الْكَثِيرُ اللَّحْمِ وَأَمَّا الْمُكَلْثَمُ فَالْمُدَوَّرُ الْوَجْهِ وَأَمَّا الْمُشْرَبُ فَهُوَ الَّذِي فِي نَاصِيَتِهِ حُمْرَةٌ وَالْأَدْعَجُ الشَّدِيدُ سَوَادِ الْعَيْنِ وَالْأَهْدَبُ الطَّوِيلُ الْأَشْفَارِ وَالْكَتَدُ مُجْتَمَعُ الْكَتِفَيْنِ وَهُوَ الْكَاهِلُ وَالْمَسْرُبَةُ هُوَ الشَّعْرُ الدَّقِيقُ الَّذِي هُوَ كَأَنَّهُ قَضِيبٌ مِنْ الصَّدْرِ إِلَى السُّرَّةِ وَالشَّثْنُ الْغَلِيظُ الْأَصَابِعِ مِنْ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ وَالتَّقَلُّعُ أَنْ يَمْشِيَ بِقُوَّةٍ وَالصَّبَبُ الْحُدُورُ يَقُولُ انْحَدَرْنَا فِي صَبُوبٍ وَصَبَبٍ وَقَوْلُهُ جَلِيلُ الْمُشَاشِ يُرِيدُ رُءُوسَ الْمَنَاكِبِ وَالْعِشْرَةُ الصُّحْبَةُ وَالْعَشِيرُ الصَّاحِبُ وَالْبَدِيهَةُ الْمُفَاجَأَةُ يُقَالُ بَدَهْتُهُ بِأَمْرٍ أَيْ فَجَأْتُهُ
Hadis 7 Ali bin Abi Talib KWJ bercerita mengenai sifat RAsulullah SAW, RAsulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah
BAginda bertubih sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak pula lurus betul, melainkan ikal. Badannya tidak gemuk. Berntuk wajahnya tidak bulat tetapi membujur telur.
Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah dan kuat, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi baginda mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.
Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya, tegap seolah-olah Baginda sedang menuruni leher yang curam. Apabila Baginda berpaling, kedua bahunya berpaling serentak. Di antara kedua bahunya, terdapat Khatamu nubuwwah, yaitu tanda kenabian bagi para nabi. Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling baik hati, dan paling jujur dalam berkata-kata. Baginda sangat berlembut dalam tingkah laku dan ramah bergaul.

Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh hormat. Sesiapa yang mengenali baginda, akan jatuh cinta. Orang yang bercerita tentang Rasulullah akan berkata : "Aku belum pernah melihat orang yang standing dengan Rasulullah SAW samada sebelum kelahirannya atau selepas kematiannya.

-- Hadis ini hadis dhaif. Diriwayatkan dari Ahmad bin Abdah ad-dhabbi Al-Basri, dari Ali bin Hujr dan Abu Jaafar bin Al-Husin, dari Isa Bin Yunus, dari Umar bin Abdullah, dari Ibrahim bin Muhammad dari Ali bin Abi Talib. 
Ibrahim adalah anak kepada Muhammad bin Ali bin Abi Talib. Ibrahim tidak pernah mendengar secara lansung daripada Ali

Monday, 26 October 2015

Lirik lagu UMMI by haddad alwi feat sulis

امي يا لحنا عاشقه
Ummi yaa lahnan a'syaqohu(Ibu, lagu yang paling kugemari)
ونشيدا دوما انشده
wanasyidan dauman ansyuduhu(irama yang selalu kudendangkan)
في كل مكان اذكره
Fikulli makanin adzkuruhu(di mana sahaja, aku mengingatinya)
واظل أظل اردده
wa-azhollu azhollu uroddiduhu(selalu dan selalu aku nyanyikan...)

امي يا روحي وحياتي
Ummi yaa ruuhi wa-hayati(Ibu, wahai jiwaku dan hidupku)
يا بهجة نفسي ومناتي
yaa bahjata nafsi wamunaati(pemberi kebahagiaan dan harapan)
انثي في الحاضري وآلات
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x(sekarang, juga di masa hadapan...)

الله تعالى اوصاني
Allohu ta'aala aushoni(Allah memerintahkan aku)
في سري ولو في الإعلاني
fissirri walau fil i'laani(dalam ku sendiri atau terbuka)
بالبر لكي والاحساني
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x(supaya bersikap membahagiakan terhadapmu, dan mengasihimu...)

اسمك منقوش في قلبي
Ismuki manquusyun fi qolbi(Namamu wahai ibu terpahat di hatiku)
حبك يهديني دربي
Hubbuki yahdini fi darbi(cintaku padamu membawaku ke jalan yang benar)
ودعائي يحفظك ربي
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x(dan doaku selalu, semoga Allah sentiasa menjagamu...)

Cahaya

Saturday, 24 October 2015

Haiwan kesukaan saya

Saya suka kucing.
Suka sangat.
Satu sebab Rasulullah suka.
Dua sebab kucing binatang yang comel dan manja.
Tiga kebab kucing ni antara binatang yang pembersih

Pekerjaan

Kalau saya diberi peluang untuk pilih pekerjaan yang saya suka, tanpa perlu peperiksaan dan kelayakan, saya nak kerja apa?

Entahlah, mungkin jadi guru, penceramah.

Saya minat melukis dan buat plan. Mungkin saya patut jadi Arkitek.
Saya minat mencipta barangan. Ada banyak barangan kraf dan hasil terpakai dalam rumah yang saya kitar semula. Saya suka berkhayal tentang ciptaan2 yang memudahkan hidup, saya patut jadi jurutera. Kan????
Saya minat berkongsi kisah kehidupan dan motivasi, saya patut jadi pakar motivasi.
Saya juga tentang fisiologi kehamilan, saya rasa lepas habis degree ni nak sambung jadi perinatologist. (dalam list
Tapi saya minat juga menyiasat dan berkhayal tentang cause and consequences of crimes. nak sambung forensik (masuk list juga)
Tapi sebenarnya, dalam bidang medik ni, saya lebih menyerlah dalam bab melukis anatomi, histo, parasit, saya rasa saya patut jadi lecturer je (masuk list juga).
Tapi, sebenarnya, saya tak suka prescribe ubat kaat orang, saya suka suruh orang guna perubatan alternatif hahahaha. (Saya patut ambil alternative medicine lepasni.)

tapi akhirnya, saya lebih suka duduk di rumah, masak untuk suami, jaga anak-anak, ni yang paling. Suka tidur paling penting. How I wish to be a full housewife. Wahai masa, cepatlah berlalu, cepatlah habis belajar, cepat kerja, cepat sambung master dan phd, cepat boleh rehat jaga anak-anak.

Eh, kembali ke alam sebenar, saya masih belajar, tak dapat ijazah lagi dalam bidang medic ni.

FOKUS!!!!